Bangunan runtuh di Filipina: Angka korban meningkat kepada lima, 16 masih hilang

28 Mei 2026, 12:21 AM
Bangunan runtuh di Filipina: Angka korban meningkat kepada lima, 16 masih hilang

MANILA, 28 MEI: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wilayah Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada lima orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Penerangan Angeles City memaklumkan bahawa pasukan penyelamat sedang dalam proses mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan dengan berhati-hati selepas seekor anjing pengesan mengesan kedudukan mangsa pada kira-kira 6.18 petang.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih dilaporkan hilang selepas struktur berkenaan runtuh sebelum pukul 3 pagi pada 24 Mei.

Setakat ini, seramai 26 orang telah berjaya diselamatkan.

Pasukan kecemasan terus mempergiat usaha menyelongkar sisa runtuhan berkenaan pada Rabu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.