Aidiladha satukan komuniti, suasana korban di Shah Alam lebih meriah

27 Mei 2026, 9:00 AM
Aidiladha satukan komuniti, suasana korban di Shah Alam lebih meriah
Aidiladha satukan komuniti, suasana korban di Shah Alam lebih meriah
Aidiladha satukan komuniti, suasana korban di Shah Alam lebih meriah
Aidiladha satukan komuniti, suasana korban di Shah Alam lebih meriah

SHAH ALAM, 27 MEI: Sambutan Aidiladha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tahun ini disifatkan lebih meriah dengan suasana penuh kebersamaan serta pengurusan program korban yang lebih tersusun.

Peserta, Ahmad Hafizi Che Mohammad, 38, berkata suasana program tahun ini lebih rancak dengan kemudahan serta fasiliti yang memudahkan urusan peserta sepanjang program berlangsung.

 “Ini tahun kedua saya sertai korban di sini dan saya tengok tahun ini lagi meriah daripada tahun lepas.

“Fasiliti dan pengurusan juga sangat baik, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Media Selangor selepas selesai majlis korban, di sini.

Peserta, Ahmad Hafizi Che Mohammad, 38, berkata suasana program tahun ini lebih rancak dengan kemudahan serta fasiliti yang memudahkan urusan peserta sepanjang program berlangsung. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Ahli Kimia itu berharap program itu dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang selain mendoakan segala ibadah korban diterima Allah SWT.

Sementara itu, seorang lagi peserta Wan Nur Nadia, 35, berkata sambutan Aidiladha tersebut sentiasa dinanti-nantikan kerana mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

 “Walaupun kita tak kenal antara satu sama lain, tetapi bila Aidiladha semua dapat bersatu.

 “Harapan saya semoga korban tahun ini diterima Allah dan program seperti ini terus berlangsung dengan lebih baik pada masa akan datang,” kata peguam muda itu kepada Media Selangor. 

Wan Nur Nadia, 35, berkata sambutan Aidiladha tersebut sentiasa dinanti-nantikan kerana mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pagi tadi, hampir 200 peserta menyertai Majlis Ibadah Korban di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) yang membabitkan 28 ekor lembu termasuk seekor sumbangan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hampir 400 petugas daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam, Universiti Teknologi MARA serta pihak masjid berganding bahu menjayakan program berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.