64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS

24 Mei 2026, 3:40 AM
64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS
64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS
64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS
64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS
64 warga pendidik Selangor sertai bengkel pendidikan inklusif YANIS

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 64 warga pendidik Selangor menyertai Bengkel Training of Trainer (TOT) Modul MANIS Siri 2 anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) di Espire Kinrara, baru- baru ini.

Program berlangsung 21 dan 22 Mei itu disertai pendidik daripada guru prasekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan guru sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

YANIS memaklumkan, bengkel dilaksanakan menerusi Inclusive Development Program (IDP YANIS) itu dilaksanakan sebagai usaha membantu pendidik memahami pendekatan lebih efektif dan menyeluruh terhadap keperluan anak-anak istimewa di sekolah.

Seramai 64 warga pendidik Selangor menyertai Bengkel Training of Trainer (TOT) Modul MANIS Siri 2 anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) di Espire Kinrara pada 21 dan 22 Mei 2026. Foto Facebook Yayasan Insan Istimewa Selangor

"Program ini dilaksanakan sebagai usaha memperkasa pendidikan inklusif serta meningkatkan kefahaman pendidik dalam mendekati dan menyokong perkembangan anak-anak berkeperluan khas dengan lebih efektif dan menyeluruh," menurut kenyataan di Facebook.

Agensi itu berharap ilmu, pengalaman serta perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan diperluaskan kepada lebih ramai pendidik di negeri ini.

"Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta diperluaskan kepada lebih ramai pendidik demi melahirkan ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, berkualiti dan berimpak di Selangor," katanya.

Dalam kenyataan sama, YANIS turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Bengkel Training of Trainer (TOT) Modul MANIS Siri 2 anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) di Espire Kinrara pada 21 dan 22 Mei 2026. Foto Facebook Yayasan Insan Istimewa Selangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.