21 penduduk DUN Sijangkang terima bantuan bakul makanan

24 Mei 2026, 12:59 AM
21 penduduk DUN Sijangkang terima bantuan bakul makanan
21 penduduk DUN Sijangkang terima bantuan bakul makanan
21 penduduk DUN Sijangkang terima bantuan bakul makanan
21 penduduk DUN Sijangkang terima bantuan bakul makanan

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 21 penduduk sekitar DUN Sijangkang menerima bantuan bakul makanan menerusi program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kuil Sri Maha Mariamman, Telok Panglima Garang, semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Papparaidu Veraman berkata program itu merupakan antara usaha membantu golongan memerlukan selain memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian.

"Bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan sedikit beban penerima dalam memenuhi keperluan harian mereka," katanya menerusi Facebook.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Papparaidu Veraman menyerahkan bakul makanan kepada penerima dalam program di Dewan Serbaguna Kuil Sri Maha Mariamman, Telok Panglima Garang pada 23 Mei 2026. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Beliau berkata program berkenaan turut dihadiri Penyelaras DUN Sijangkang Datuk Zurihan Yusop, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Zon 8 Elisha Samson, Ketua Komuniti India (KKI) DUN Sijangkang Murugan Gunasegaran, ketua kampung serta ahli majlis MPKL.

Papparaidu turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan kuil dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

"Semoga semangat kebersamaan, perpaduan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat di DUN Sijangkang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.