MSNS nafi keluar dokumen pembelian elektronik, tiada transaksi rasmi diluluskan

22 Mei 2026, 11:11 AM
MSNS nafi keluar dokumen pembelian elektronik, tiada transaksi rasmi diluluskan

SHAH ALAM, 22 MEI: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menafikan pengeluaran sebarang dokumen rasmi berkaitan urusan pembelian barangan elektronik yang menggunakan nama organisasi itu.

MSNS menerusi kenyataan memaklumkan semakan dan siasatan dalaman mendapati tiada sebarang dokumen sah dikeluarkan pihaknya bagi tujuan perolehan berkenaan.

Menurutnya, MSNS juga tidak pernah mengeluarkan sebarang Purchase Order (PO), surat arahan pembelian atau memberi kuasa kepada mana-mana individu untuk mewakili organisasi itu dalam urusan pembelian.

“Sebarang dokumen, komunikasi atau transaksi yang menggunakan nama MSNS berkaitan perkara tersebut adalah tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak kami.

“Orang ramai serta pihak pembekal dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan rasmi daripada MSNS sebelum meneruskan sebarang urusan yang melibatkan nama organisasi ini,” katanya.

Dalam masa sama, MSNS menegaskan pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan nama, identiti atau dokumen rasmi organisasi berkenaan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“MSNS memandang serius isu ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.