Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini

22 Mei 2026, 11:02 AM
Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini
Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini
Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini
Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini
Naik taraf laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dijangka siap Ogos ini

SHAH ALAM, 22 MEI: Kerja menaik taraf laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan FT002 melibatkan jajaran sepanjang 48 kilometer (km) dua hala dijangka siap Ogos ini.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata projek di bawah Rolling Plan Ke-5 (RP-5), Rancangan Malaysia ke-12 itu membabitkan peruntukan RM20 juta.

Menurutnya, projek berkenaan kini mencapai kemajuan fizikal 43 peratus melibatkan daerah Klang sejauh 7km dan daerah Petaling sepanjang 41km.

"Saya bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menunggang motosikal di laluan berkenaan bagi meninjau pelaksanaan kerja menaik taraf infrastruktur tersebut.

“Antara skop utama projek adalah kerja membaik pulih permukaan jalan di lokasi terpilih, pembaikan kawasan terowong, menaik taraf sistem saliran serta membaik pulih longkang," katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Tambah beliau, projek itu turut melibatkan penggantian penghadang jalan selain kerja mencantas dan menebang pokok di kawasan tertentu bagi memastikan laluan lebih selamat.

Izham berkata pembaikan railing jambatan serta penambahan papan tanda amaran dan destinasi juga dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keselesaan pengguna.

Menurutnya, sebanyak 800 lampu solar akan dipasang di sepanjang laluan berkenaan bagi memperkukuh aspek keselamatan khususnya kepada penunggang motosikal.

Beliau berharap pelaksanaan projek itu mampu mengurangkan risiko kemalangan selain memberi kemudahan lebih baik kepada pengguna laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan FT002.

Turut menyertai tinjauan tersebut ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al Rashid serta Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.