Konflik Asia Barat: Kesan ekonomi lebih ketara bulan depan

25 Mei 2026, 8:00 AM
Konflik Asia Barat: Kesan ekonomi lebih ketara bulan depan

SHAH ALAM, 25 MEI: Ekonomi Malaysia belum benar-benar menerima kesan sepenuh-nya rentetan konflik di Asia Barat yang mengakibatkan rantaian pelbagai bekalan dunia terjejas teruk.

Menurut pempengaruh kewangan, Malaysia pada masa ini dalam fasa awal tekanan berbanding negara-negara lain yang berdepan krisis teruk akibat kenaikan kos tenaga dan gangguan bekalan.

Sebaliknya, Ahmad Faizuddin Razali menjelaskan kesan sebenar terhadap ekonomi negara termasuk kekurangan bekalan dirasai lebih lambat meski konflik di Asia Barat tercetus sejak Februari.

Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas bagi persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan Media Selangor di Pasaraya NSK Seri Kembangan, Subang Jaya pada 15 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Rakyat Malaysia ketika ini masih menikmati harga minyak yang rendah berbanding banyak negara lain selain beberapa barangan asas yang masih dilindungi kerajaan menerusi pelbagai bentuk subsidi dan kawalan harga.

“Namun, kerajaan terpaksa membelanjakan wang negara dengan sangat cepat untuk menampung peningkatan kos semasa dan rakyat dijangka mula merasai kesan lebih ketara (apabila) memasuki suku ketiga tahun ini, sekitar Jun atau Julai,” katanya kepada Media Selangor.

Ahmad Faizuddin juga mengakui segelintir rakyat masih leka dan tidak mengambil berat situasi ekonomi yang berkemungkinan menjadi lebih buruk.

Katanya, kesan konflik tidak berlaku serta-merta kerana ekonomi bergerak melalui rantaian yang panjang melibatkan pelbagai peringkat sebelum tekanan dirasai pengguna akhir.

Beliau mengulas pandangan Penasihat Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Nurhisham Hussein yang menyatakan bekalan minyak dikhuatiri tidak stabil menjelang akhir tahun dan boleh berlarutan ke tahun depan.

Nurhisham dalam wawancara Bersama BFM pada minggu lalu memberitahu kesan buruk tetap berlaku meski konflik perang berakhir dalam masa terdekat ekoran rantaian bekalan terjejas teruk.

Justeru, Ahmad Faizuddin atau lebih dikenali sebagai Faiz Ahmad di TikTok menggariskan 10 perkara penting:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.