Gempa bumi landa perairan Laut Maluku berhampiran Bintung, Indonesia

22 Mei 2026, 5:18 AM
Gempa bumi landa perairan Laut Maluku berhampiran Bintung, Indonesia

JAKARTA, 22 MEI: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda perairan Laut Maluku antara Sulawesi Utara dan Kepulauan Maluku Utara di Indonesia, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gempa berlaku pada 9.05 pagi (0105 GMT), kira-kira 116 kilometer ke timur bandar Bitung pada kedalaman kira-kira 48 kilometer.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) pada mulanya turut melaporkan gempa berukuran 5.8 pada skala Richter.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi 9.1 pada skala Richter direkodkan di luar pulau Sumatera, Indonesia mencetuskan tsunami dahsyat yang melanda negara-negara Lautan Hindi termasuk Indonesia, Sri Lanka dan India, malah turut sampai ke Afrika.

Lebih 230,000 orang dilaporkan terkorban.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.