Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei

22 Mei 2026, 4:56 AM
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidiladha pada 29, 30 Mei

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan dan perjumpaan khas secara bersemuka penghuni penjara dengan keluarga sempena sambutan Aidiladha pada 29 dan 30 Mei.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjumpaan meliputi semua institusi penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

“Waktu lawatan ditetapkan dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang dengan keutamaan diberikan kepada penghuni beragama Islam sahaja.

“Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman kepada penghuni, sebaliknya boleh dibeli di kantin penjara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni kerana semua kemudahan asas telah disediakan kecuali bagi urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan yang memerlukan mereka mendapatkan resit rasmi PPT 28 daripada pihak penjara sebagai akuan penerimaan.

Jabatan itu memaklumkan pelawat tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara melakukan pemeriksaan fizikal ketika masuk dan keluar dari institusi penjara.

Sementara itu, bagi keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara, perjumpaan secara dalam talian disediakan dari 30 Mei hingga 1 Jun.

Keluarga yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi institusi penjara yang berkaitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.