Tapak sampah haram: MPKS keluarkan tiga kompaun, sita lori, jengkaut

21 Mei 2026, 10:15 AM

SHAH ALAM, 21 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melaksanakan operasi bersepadu membanteras aktiviti pembuangan sampah haram di Ijok pada 14 Mei lalu.

MPKS memaklumkan operasi dijalankan dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Jalan Harmoni dan Kampung Seri Sentosa dengan penyertaan 22 pegawai serta anggota penguat kuasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mengekang pencemaran alam sekitar di kawasan pentadbirannya.

“Hasil operasi, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKS) 2007 atas kesalahan membuang sampah di lokasi tidak dibenarkan,” maklum MPKS di Facebook.

MPKS turut menyita tiga lori dan sebuah jengkaut yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pembuangan sampah haram.

Selain itu, pihaknya turut mengesan sisa industri yang disyaki melibatkan sisa berjadual dan perkara berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.

MPKS berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor (PTDKS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung isu pencerobohan rizab kerajaan dan pencemaran sungai.

“MPKS memandang serius sebarang aktiviti pembuangan sampah haram yang boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.