Penunggang motosikal maut kemalangan dengan jengkaut

21 Mei 2026, 3:49 AM
Penunggang motosikal maut kemalangan dengan jengkaut

SHAH ALAM, 21 MEI: Penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah jengkaut sebelum tersepit di bawah jentera berat itu dalam kejadian di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.06 tengah malam.

Beliau berkata kemalangan berlaku di laluan dari Shah Alam menghala ke simpang empat kilang gula berhampiran Management and Science University (MSU).

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang melanggar sebuah jengkaut.

“Mangsa ialah lelaki berusia 20 tahun yang tersepit di bawah jengkaut berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahmad Mukhlis berkata anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Sitrak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.