Yang Dipertua Dewan Rakyat terima notis peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

20 Mei 2026, 12:38 PM
Yang Dipertua Dewan Rakyat terima notis peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul telah menerima notis peletakan jawatan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa berkuat kuasa pada 18 Mei.

Beliau berkata telah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka dua kerusi Parlimen itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi bekas Naib Presiden PKR mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen mereka pada Isnin dan keluar parti berkuat kuasa Selasa melalui surat kepada Setiausaha Agung parti berkenaan.

Mereka kemudian mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), sebuah parti politik kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.