Pisau Rambo disyaki digunakan untuk menikam wanita ditemui di sawah

20 Mei 2026, 9:16 AM
Pisau Rambo disyaki digunakan untuk menikam wanita ditemui di sawah

ALOR SETAR, 20 MEI: Polis telah menemukan senjata yang disyaki digunakan suspek berusia 32 tahun, dipercayai digunakan untuk menikam leher seorang wanita di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata senjata tajam itu, ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian di dalam semak kawasan sawah.

“Dua hari lepas kita berjaya menjumpai senjata yang digunakan, reman suspek masih berjalan, kita jumpa lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian iaitu dalam sawah.

“Kita jumpa pisau Rambo dengan dipandu arah suspek…kiranya menjurus kepada siasatan kita dan mangsa tiada kecederaan lain,” katanya kepada pemberita pada Program Pelupusan Barang Kes Dadah Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, keadaan mangsa berusia 35 tahun juga semakin positif selepas menjalani pembedahan semalam.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikenalinya, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, dekat sini pada 9.19 malam Ahad lepas.

Sementara itu, Adzli berkata pihaknya akan melupuskan bahan terlarang di Pusat Pelupusan Pepejal Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan dengan nilai anggaran lebih RM12.39 juta, melibatkan pelbagai jenis dadah dan bahan terlarang yang telah selesai proses perundangan, serta mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah.

“Program pelupusan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam memastikan semua barang kes berkaitan dadah diurus dan dilupuskan mengikut prosedur keselamatan serta peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya

Adzli berkata antara rampasan terbesar ialah heroin dan monoacetylmorhines berjumlah 212.35 kilogram dengan anggaran nilai RM7.43 juta dan 137.4 kg syabu dianggarkan bernilai RM4.95 juta.

Beliau berkata pelupusan melibatkan 4,401 kertas siasatan dari 2011 hingga 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.