E&E, aeroangkasa pacu kekuatan ekonomi Selangor – PwC

19 Mei 2026, 2:23 PM
E&E, aeroangkasa pacu kekuatan ekonomi Selangor – PwC
E&E, aeroangkasa pacu kekuatan ekonomi Selangor – PwC

SHAH ALAM, 19 MEI: Sektor berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa dan sains hayat dikenal pasti sebagai antara empat sektor utama yang menjadi pemangkin kekuatan ekonomi di Selangor, menurut PricewaterhouseCoopers Associates Sdn Bhd (PwC).

PWC menekankan dapatan itu melalui laporan bertajuk Selangor: Hab utama Malaysia untuk pertumbuhan di Asia, dengan menyifatkan Selangor sebagai kuasa ekonomi Malaysia, susulan kejayaannya menarik lebih AS$6 bilion pelaburan langsung asing dan lebih AS$18 bilion pelaburan langsung domestik pada tahun 2024.

“Bagi merungkai potensi pelaburan yang lebih besar, Selangor telah menetapkan empat sektor keutamaan yang memanfaatkan kelebihan daya saing negeri serta peluang pasaran yang sedang berkembang, iaitu E&E dan jentera serta peralatan (M&E), aeroangkasa, automotif dan rel, sains hayat, serta perkhidmatan perniagaan global (GBS) dan teknologi digital,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut Selangor mencatat antara pelaburan diluluskan tertinggi di negara ini pada tahun 2024, dengan menarik pelaburan berjumlah AS$2 bilion, bersamaan 12.3 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

Menurutnya lagi, semua sektor berkenaan turut menyumbang hampir 30 peratus daripada output pembuatan Selangor, didorong oleh industri semikonduktor, solar, LED dan jentera maju.

“Selaras dengan aspirasi nasional, Selangor menawarkan asas pembuatan bernilai tinggi yang disokong taman perindustrian moden dan pintar yang memacu pertumbuhan ekosistem industri kukuh, termasuk reka bentuk semikonduktor serta kemudahan halal bersepadu.

“Selain itu, saluran bakat yang kukuh mempercepatkan penggunaan automasi, robotik dan Internet Kebendaan (IoT), sekali gus meningkatkan produktiviti serta pertumbuhan eksport negeri,” jelasnya.

PwC memberitahu Malaysia kekal sebagai antara pengeksport semikonduktor utama dunia, dengan Selangor memainkan peranan penting menerusi Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC Design Parks) di Puchong dan Cyberjaya.

BERITA PENUH DI SINI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.