SHAH ALAM, 19 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing menawarkan tajaan kursus latihan pemanduan lori sekali gus membantu lebih ramai meningkatkan pendapatan.
Wakil rakyatnya R. Rajiv berkata inisiatif tersebut merupakan usaha pihaknya membantu lebih ramai rakyat memperoleh pekerjaan yang stabil.
“Syarat permohonan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mesti memiliki lesen memandu kelas D/DA dan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
“Tawaran terhad kepada 10 peserta. Pemohon yang berjaya akan ditaja mendapatkan lesen memandu lori serta meningkatkan peluang pekerjaan,” katanya di Facebook.
Orang ramai ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan program boleh menghubungi talian secara WhatsApp di 016-2167490 atau 016-2147490.








