Wanita warga emas rentung, rumah didiami terbakar

19 Mei 2026, 2:48 AM
Wanita warga emas rentung, rumah didiami terbakar

SANDAKAN, 19 MEI: Wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya, terbakar di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa dikenali sebagai Nicola, 84, itu ditemukan pasukan bomba di ruang tamu rumah pada 10.44 malam.

“Mangsa dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku dan mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di rumah itu pada 8.38 malam dan 13 anggota Bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jimmy berkata anggota bomba menggunakan sumber air daripada tangki jentera bagi memadam kebakaran dan api dapat dikawal daripada merebak pada 9.35 malam.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.