Jemaah haji wanita dari Setiu meninggal dunia akibat serangan jantung

18 Mei 2026, 2:01 PM
Jemaah haji wanita dari Setiu meninggal dunia akibat serangan jantung

MAKKAH, 18 MEI: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di sini pada Ahad akibat serangan jantung.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan wanita berusia 63 tahun yang berasal dari Setiu, Terengganu itu menunaikan haji bersama-sama suaminya dan merupakan jemaah daripada kumpulan KT19.

Menurut TH, Allahyarham menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah dan disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 5.53 pagi waktu tempatan.

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah,” menurut kenyataan itu.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Hingga kini, jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia bagi Musim Haji 1447H/2026M adalah sebanyak enam orang.

-- BERNAMA

TAG: haji, meninggal, KT19, Tabung Haji, serangan jantung

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.