Hakim Danish catat penamat terbaik musim ini di GP Catalan

17 Mei 2026, 11:23 AM
Hakim Danish catat penamat terbaik musim ini di GP Catalan

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli merekodkan penamat terbaiknya musim ini apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalan di Litar Catalunya, Sepanyol di tempat ketujuh hari ini.

Keputusan itu memperbaiki pencapaian sebelum ini selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 pada GP Brazil dan GP Perancis.

Pelumba berusia 18 tahun yang memulakan saingan dari petak ke-10 itu mempamerkan tunggangan meyakinkan apabila sempat berada dalam kelompok podium pada satu ketika sepanjang perlumbaan.

Namun, kesilapan pada penghujung perlumbaan menafikan peluang pelumba AEON Credit-MTHelmets-MSI itu untuk menamatkan aksi di kedudukan lebih baik, sekali gus terpaksa akur di tempat ketujuh.

Perlumbaan itu dimenangi pendahulu keseluruhan Moto3 yang juga pelumba tuan rumah Maximo Quiles dari CFMoto Aspar Team dengan catatan 32 minit 28.96 saat.

Seorang lagi pelumba Sepanyol Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas ketinggalan 0.094 saat manakala pelumba tuan rumah David Munoz dari Liqui Moly Dynavolt Intact GP melengkapkan podium di tempat ketiga, 0.098 saat di belakang pemenang.

Selepas enam pusingan, Hakim Danish kini menghuni tangga ke-11 keseluruhan dengan 27 mata dan dijadualkan meneruskan cabaran pada GP Itali yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.