ADN Bandar Utama sumbang atap kitar semula kepada mangsa ribut

17 Mei 2026, 1:00 PM
ADN Bandar Utama sumbang atap kitar semula kepada mangsa ribut
ADN Bandar Utama sumbang atap kitar semula kepada mangsa ribut

SHAH ALAM, 17 MEI: EXCO Alam Sekitar mengambil inisiatif menyumbang atap genting yang dihasilkan daripada bahan kitar semula kepada penduduk yang terjejas akibat ribut baru-baru ini.

Jamaliah Jamaluddin berkata kerjasama sulung bersama Tetra Pak Malaysia itu membolehkan penduduk Kampung Sungai Kayu Ara itu kini tinggal di kediaman tersebut dengan selamat serta selesa.

“Kami terima aduan daripada seorang penduduk pada 18 April lalu, dan pada 20 April, keadaan rumah itu menjadi semakin buruk apabila banjir kilat dan ribut sekali lagi melanda beberapa kawasan di Bandar Utama.

“Kami ambil keputusan untuk bekerjasama dengan Tetra Pak dan menyerahkan sumbangan bumbung kitar semula pada 9 Mei lalu,” kata Jamaliah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama.

Menurut Jamaliah, atap kitar semula tersebut mempunyai jangka hayat sehingga 15 tahun selain berupaya memantulkan haba dengan lebih berkesan bagi mengurangkan rasa bahang di dalam rumah.

Beliau turut berharap kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat ini dapat diteruskan pada masa hadapan, termasuk dengan pelbagai pihak lain.

Sebelum ini, Pusat Khidmat ADN Bandar Utama menerusi Facebook memaklumkan, beberapa kawasan perumahan ditenggelami banjir susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan berkenaan pada 18 April lalu.

Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau meninggal dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.