Putih ihram, polos jiwa cilik

17 Mei 2026, 7:09 AM
Putih ihram, polos jiwa cilik

Mengenakan ihram, melafaz niat dan mengelilingi replika Kaabah antara pengalaman dilalui ratusan kanak-kanak dalam Program Simulasi HajiKids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam pada 16 Mei.

Sepanjang program berlangsung, peserta dibimbing melalui beberapa aktiviti utama ibadah haji seperti tawaf, saie dan melontar jamrah menggunakan replika khas yang disediakan.

Ada yang tekun mengikut arahan, ada yang keletihan di sisi ibu bapa. Gelagat spontan dan reaksi polos mereka menjadi antara momen yang mencuri perhatian sepanjang acara berlangsung.

Lensa jurufoto Fikri Yusof merakam pelbagai sisi pengalaman tersebut, daripada persiapan awal memakai ihram hinggalah suasana dewan yang dipenuhi peserta cilik berpakaian putih.

Penjaga kepada salah seorang peserta memakaikan kain ihram sebelum menyertai program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Peserta memegang passport buku panduan haji dan replika tiket penerbangan ketika program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Telatah kanak-kanak yang menyertai program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kanak-kanak istimewa menyertai program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Peserta bersama penjaga memasuki dewan program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mutawif menunjukkan gumpalan kertas yang digambarkan sebagai jamrah untuk aktiviti melontar sempena simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Gelagat kanak-kanak memegang replika Hajar Aswad ketika simulasi tawaf haji dalam program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Peserta melontar Jamrah simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Telatah kanak-kanak membuat pusingan tawaf ketika program simulasi Hajikids 2.0 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.