730 ahli TAWAS Batu Tiga terima bantuan pertama RM1.09 Juta

16 Mei 2026, 8:27 AM
730 ahli TAWAS Batu Tiga terima bantuan pertama RM1.09 Juta

SHAH ALAM, 16 MEI: Seramai 730 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di DUN Batu Tiga menerima manfaat pertama berjumlah RM1.095 juta daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rasyid berkata penyerahan itu merupakan kali pertama dan tahun pertama diberikan kepada ahli TAWAS yang membuat pendaftaran pada 2008.

Menurutnya, setiap penerima memperoleh manfaat sebanyak RM1,500 apabila mencecah usia 18 tahun.

“Penyerahan pertama dan tahun pertama diberikan kepada ahli TAWAS yang membuat pendaftaran pada 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Apresiasi SPM 2025 di Sungai Renggam Convention Centre (SRCC).

Danial berkata bantuan itu membantu pelajar lepasan sekolah untuk menyambung pelajaran selain membantu dari sudut kemasukan ke universiti.

“Bantu untuk pelajar-pelajar lepasan untuk menyambung pelajaran. Bantu dari sudut kemasukkan ke Universiti,” katanya.

Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak-anak terhenti setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

“Galakkan kepada ibu bapa bukan hanya terhenti sekadar SPM sahaja,” katanya.

Menurutnya, masih terdapat pelajar lepasan sekolah yang tidak tahu membuat keputusan mengenai hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.

“Saya lihat pelajar lepasan sekarang tak tahu nak buat keputusan. Kita juga sediakan booth Universiti dibawah kerajaan negeri untuk pendedahan kepada mereka,” katanya.

TAWAS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang memberi manfaat kewangan kepada anak kelahiran Selangor apabila mencapai usia 18 tahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.