Shah Firdaus, Azizulhasni raih podium di Piala Trek Jepun

15 Mei 2026, 7:02 AM
Shah Firdaus, Azizulhasni raih podium di Piala Trek Jepun

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Datuk Mohd Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan cemerlang apabila masing-masing berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium dalam acara final keirin pada Kejohanan Piala Trek Jepun 1, hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu, Shizuoka, Jepun, Shah Firdaus meraih pingat perak manakala Azizulhasni melengkapkan podium menerusi pingat gangsa.

Pingat emas acara keirin itu menjadi milik pelumba tuan rumah yang juga juara Sukan Asia 2022, Kaiya Ota.

Kedua-dua pelumba negara dijadualkan kembali beraksi di venue sama esok bagi menghadapi saingan Kejohanan Piala Trek Jepun 2.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.