DUN Tanjong Sepat salur bantuan kepada persatuan, sekolah dan individu

14 Mei 2026, 7:00 AM
DUN Tanjong Sepat salur bantuan kepada persatuan, sekolah dan individu

SHAH ALAM, 14 MEI: Seramai 15 penerima menerima bantuan menerusi Program Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat bagi membantu meringankan beban serta keperluan komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat, Datuk Borhan Aman Shah berkata, sumbangan itu disalurkan kepada wakil persatuan, sekolah, agensi, rumah ibadat serta individu yang mengemukakan permohonan melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat.

Menurut beliau, bantuan berbentuk cek dan wang tunai itu merupakan sebahagian usaha berterusan pihaknya dalam menyantuni rakyat serta memastikan kebajikan masyarakat terus terbela.

“Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para penerima,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Program berkenaan dilaksanakan sebagai antara inisiatif kebajikan DUN bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.