Lelaki maut dirempuh kenderaan sebelum tercampak dalam longkang

13 Mei 2026, 2:30 AM
Lelaki maut dirempuh kenderaan sebelum tercampak dalam longkang

SHAH ALAM, 13 MEI: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sehingga tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Kapar, Batu 5, Klang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu daripada orang awam pada 3.23 pagi.

“Tujuh pegawai dan anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar digegaskan ke lokasi bagi membantu menyelamatkan mangsa yang berusia lingkungan 30-an,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata anggota bomba mengangkat lelaki itu dengan menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.