Isu parkir tiga rumah ibadat SS13 dijangka selesai tidak lama lagi

10 Mei 2026, 7:35 AM
Isu parkir tiga rumah ibadat SS13 dijangka selesai tidak lama lagi

SUBANG JAYA, 10 MEI: Isu kekurangan parkir di tiga rumah ibadat sekitar SS13 di sini akan diselesaikan antara dua hingga tiga bulan lagi menerusi pembangunan tempat letak kereta baharu.

Wakil rakyat Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata masalah yang berlarutan sejak 2018 menjadi tumpuan terutama ketika musim perayaan sehingga menjejaskan aliran trafik di kawasan tersebut.

“Penyelesaian kepada isu ini memerlukan peruntukan kira-kira RM4 juta dengan pembangunan kawasan parkir baharu dilaksanakan pemaju sebagai langkah jangka panjang,” katanya kepada Media Selangor.

Pada 26 April, Michelle mengadakan lawatan tapak bersama EXCO Sumber Manusia V Papparaidu dan Ketua Komuniti India Navamalar Naggappan bagi membincangkan isu parkir di kuil berkenaan.

Hasil perbincangan itu berjaya mencapai penyelesaian yang mengambil kira kebajikan para penganut, kesejahteraan penduduk setempat serta kekangan teknikal di lokasi berkenaan.

Tiga rumah ibadat di Jalan Kewajipan SS13, Subang Jaya berdepan masalah parkir terutama ketika musim perayaan dengan kehadiran sehingga 10,000 pengunjung pada waktu puncak, menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Rumah ibadat yang terlibat ialah Persatuan Penganut Agama Buddha Subang Jaya, Kuil Sri Varatharaja Perumal dan Gudwara Sahib Subang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.