Ferrari terbabas di Kota Tinggi, dua rentung

9 Mei 2026, 2:10 PM
Ferrari terbabas di Kota Tinggi, dua rentung

KOTA TINGGI, 9 MEI: Pasangan warga Singapura rentung dalam kemalangan selepas kereta Ferrari dinaiki mereka terbabas di Kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pemandu lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun cedera parah pada bahagian badan dan terbakar serta maut di lokasi kejadian.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian daripada orang awam kira-kira 9 pagi.

“Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing. Mayat kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan dan kes masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.