Gunung Dukono di Indonesia meletus: Tiga maut, 20 pendaki dipercayai terperangkap

8 Mei 2026, 10:39 AM
Gunung Dukono di Indonesia meletus: Tiga maut, 20 pendaki dipercayai terperangkap

JAKARTA, 8 MEI: Tiga orang terbunuh termasuk dua warga Singapura selepas Gunung Dukono meletus di timur Indonesia pada Jumaat, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Mangsa warga Singapura itu merupakan sebahagian daripada kumpulan pendaki di gunung berapi berkenaan di wilayah Maluku Utara ketika letusan berlaku pada pagi Jumaat, kata Ketua Polis tempatan Erlichson Pasaribu.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional memaklumkan sekurang-kurangnya lima pendaki cedera dalam letusan itu.

Erlichson berkata kira-kira 20 pendaki dipercayai masih terperangkap di gunung berapi itu selepas letusan, dengan pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari.

Ketua pos pemerhatian gunung berapi berkenaan, Bambang Sugiono, berkata aktiviti pendakian di Gunung Dukono telah dilarang sejak 17 April susulan peningkatan aktiviti gunung berapi.

Beliau berkata pihak berkuasa mengesyaki pendaki terbabit memasuki kawasan larangan tanpa melaporkan diri kepada pos pemerhatian.

-- BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.