Kes bunuh gadis 61 tikaman: Dua remaja disambung reman tujuh hari

8 Mei 2026, 5:38 AM
Kes bunuh gadis 61 tikaman: Dua remaja disambung reman tujuh hari

SHAH ALAM, 8 MEI: Dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang gadis dengan 61 tikaman di Ketereh minggu lalu disambung reman selama tujuh hari lagi.

Perintah lanjutan reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis, lapor Kosmo!.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat sebelum ini memaklumkan kecederaan ditemui dari bahagian muka hingga ke kaki, dengan kebanyakan tikaman tertumpu di bahagian kanan badan.

Dalam perkembangan sama, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas turut ditahan bagi membantu siasatan, namun pasangan berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.