PPM rampas rokok, arak tidak bercukai dan diesel, nilai hampir RM221,000 di Klang

8 Mei 2026, 3:13 AM
PPM rampas rokok, arak tidak bercukai dan diesel, nilai hampir RM221,000 di Klang

SHAH ALAM, 8 MEI: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok dan minuman keras tidak bercukai serta menggagalkan cubaan menyeludup diesel dalam dua serbuan berasingan di sekitar Klang semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata serbuan pertama dijalankan di kawasan Perindustrian Pandamaran semalam.

Tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 34 hingga 40 tahun turut ditahan kerana dipercayai bekerja di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati penjaga premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan yang disimpan di lokasi tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jenis rokok dan minuman keras dipercayai tidak bercukai dengan nilai rampasan dianggarkan RM120,294.04,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam serbuan berasingan di kawasan perindustrian Meru Selatan, Kapar, PPM Berjaya menangkap kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Pemeriksaan itu membawa kepada rampasan sebuah lori jenis Isuzu, 2,000 liter diesel, sebuah pam minyak, dua tangki IBC, dan dua hos dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM100,740.

Dalam masa sama seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai pemandu lori turut ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.