SHAH ALAM, 7 MEI: Lima daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 5 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Perlis serta Pulau Pinang.
Cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.







