Legasi pembuatan tempe 40 tahun

8 Mei 2026, 12:55 PM
Legasi pembuatan tempe 40 tahun

Lebih empat dekad berlalu, perusahaan tempe yang diusahakan dengan penuh ketekunan menjadi nadi rezeki dan warisan keluarga yang terus dipertahankan hingga hari ini.

Berbekalkan resipi turun-temurun, Ramzah Sakorni, 65, dan isterinya Latifah Mohd Abd Rahmat, 62, mampu menghasilkan 500 keping sehari menggunakan kira-kira 35 kilogram bahan mentah.

Proses penghasilan yang konsisten ini turut dibantu dua pekerja yang menguruskan pembungkusan, memastikan produk siap dipasarkan dalam keadaan teratur dan berkualiti.

Hasil keluaran mereka mendapat tempat di pasaran sekitar Sungai Pelek dan Bagan Lalang, Sepang malah pernah meluaskan jualan hingga ke Nilai.

Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN merakam penghasilan tempe pasangan warga emas ini yang menganggap perniagaan itu bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi legasi yang wajar dipesumber pendapatan, tetapi legasi yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.

Semua foto dirakam menggunakan Xiaomi 15T SERIES.

Bahan-bahan untuk membuat tempe kacang soya dan ragi tempe. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kacang soya direndam dengan air selama satu malam sebelum diproses untuk dijadikan tempe di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Hasil kacang soya setelah dimasukkan ke dalam mesin pemecah kacang bagi memudahkan proses membuat tempe. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Ramzah Sakomi, 65, mengeringkan kacang soya yang siap direbus untuk membuat tempe di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Ramzah Sakomi, 65, mengeringkan kacang soya yang siap direbus untuk membuat tempe di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Tempe yang siap dibungkus dibiarkan selama dua malam sebelum dijual di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Ramzah Sakomi, 65, mengangkat bakul berisi tempe untuk dihantar ke kedai disekitar Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Latifah Mohd Abd Rahmat, 62, menunjukkan tempe resepi orang tuanya di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Latifah Mohd Abd Rahmat, 62, (kanan) melayan pelanggan yang datang ke rumahnya untuk membeli tempe di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Peniaga kedai runcit Nurul Shafinas Basri menyusun tempe yang dibuat oleh Ramzah Sakomi untuk dijual di kedainya di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Peniaga Noraini Sabies menjual pelbagai makanan termasuk tempe goreng di Kampung Hulu Chuchuh, Sepang pada 5 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Tempe goreng. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.