Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan sekolah

5 Mei 2026, 12:11 PM
Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan sekolah

SHAH ALAM, 5 MEI: Murid perempuan Tahun Dua maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, dekat Parit Sulong, Batu Pahat hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di bahagian kepala dalam insiden jam 12.40 tengah hari itu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa baru selesai sesi persekolahan sebelum berjalan keluar melalui pintu pagar sekolah.

Pada masa sama, van terbabit dipercayai sedang keluar dari kawasan sekolah selepas menghantar barang, namun dikatakan tidak menyedari keberadaan mangsa.

Kejadian turut disaksikan beberapa ibu bapa yang berada di lokasi bagi menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat selepas siasatan awal selesai,” katanya, lapor Berita Harian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.