MPKL keluar notis ladang ayam gagal kawal lalat

5 Mei 2026, 1:07 PM
MPKL keluar notis ladang ayam gagal kawal lalat
MPKL keluar notis ladang ayam gagal kawal lalat
MPKL keluar notis ladang ayam gagal kawal lalat

SHAH ALAM, 5 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kacau ganggu terhadap premis ladang ayam di Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat selepas didapati gagal mengawal lalat.

MPKL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan operasi pemantauan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Penguatkuasaan di sekitar kawasan berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati masih terdapat premis yang gagal melaksanakan kawalan lalat secara berkesan sehingga menyebabkan kehadiran lalat dalam keadaan tidak terkawal serta menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran dan penduduk setempat," menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu.

Susulan itu, tindakan tegas diambil dengan mengeluarkan notis kacau ganggu kepada pihak terlibat, selain pemasangan tali halangan di kawasan premis bagi membolehkan kerja pembersihan serta kawalan lalat dilaksanakan segera dan teratur.

"Notis Pemberitahuan di bawah Seksyen 80, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mewajibkan tindakan serta-merta diambil untuk menghapuskan kacau ganggu dan memastikan pematuhan terhadap standard kebersihan ditetapkan," tegasnya.

Menurut MPKL, kegagalan mematuhi arahan akan dikenakan tindakan lanjut tanpa kompromi, manakala pemantauan akan diteruskan bagi memastikan tahap pematuhan sentiasa dipatuhi demi menjamin persekitaran bersih, selamat serta bebas daripada kacau ganggu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.