SHAH ALAM, 5 MEI: Lapan daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta anging kencang sehingga 9 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.








