Bengkel lori di Sungai Besar terbakar

5 Mei 2026, 1:33 AM
Bengkel lori di Sungai Besar terbakar

SHAH ALAM, 5 MEI: Sebuah bengkel lori yang melakukan kerja kimpalan di Parit 13, Sungai Panjang, Sungai Besar terbakar dalam kejadian petang semalam.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.23 petang, lapor Berita Harian.

Beliau berkata sepasukan 13 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam dihantar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel dan sebuah lori.

"Premis itu musnah kira-kira 80 peratus manakala sebuah lori musnah kira-kira 30 peratus," katanya.

Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kejadian belum dikenal pasti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.