Liga Super: Selangor FC benam Penang FC 4-0, rampas tempat kedua

2 Mei 2026, 11:44 PM
Liga Super: Selangor FC benam Penang FC 4-0, rampas tempat kedua
Liga Super: Selangor FC benam Penang FC 4-0, rampas tempat kedua
Liga Super: Selangor FC benam Penang FC 4-0, rampas tempat kedua
Liga Super: Selangor FC benam Penang FC 4-0, rampas tempat kedua

SHAH ALAM, 3 MEI: Selangor FC bangkit dengan penuh bergaya untuk merampas semula kedudukan kedua Liga Super Malaysia selepas membenam Penang FC 4-0 dalam aksi penuh dominasi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Kemenangan meyakinkan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon kembali memintas Kuching City FC dengan kutipan 49 mata, dua mata di hadapan pencabar terdekat mereka yang masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Segalanya bermula seawal minit ke-10 apabila Chrigor Moraes meledakkan gol pembukaan hasil sepakan sudut Hugo Boumous, sekali gus memberi isyarat awal malam sukar buat pelawat.

Memetik laporan BH Onine, hanya empat minit berselang, Boumous menambah derita lawan apabila tenang menyudah hantaran leret Faisal Halim untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.

Serangan tanpa henti Selangor terus memerangkap Penang, dan situasi bola mati sekali lagi menjadi senjata apabila Boumous mencipta bantuan gol kedua sebelum Harith Haiqal Adam Afkar menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-19.

Walaupun penjaga gol Mohamad Ramdhan Ab Hamid beberapa kali menyelamatkan keadaan, termasuk menafikan percubaan Moraes menjelang rehat, tekanan berterusan akhirnya memakan diri.

Bersambung babak kedua, Ramdhan terus bekerja keras menangkis percubaan demi percubaan, namun ketangkasannya akhirnya tunduk pada minit ke-61 apabila sepakan percuma Alvin Fortes menerjah deras ke gawang untuk gol keempat Selangor.

Keputusan 4-0 kekal sehingga wisel penamat, menutup malam gemilang “The Red Giants” yang bukan sahaja kembali ke tangga kedua, malah menghantar mesej jelas dalam perebutan posisi naib juara musim ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.