Operasi cari budak hanyut ditangguh, sambung esok

2 Mei 2026, 3:22 PM
Operasi cari budak hanyut ditangguh, sambung esok

KUALA LUMPUR, 2 Mei Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam, ditangguhkan pada 7.30 malam tadi dan akan disambung 8 pagi esok.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 22 anggota penyelamat termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air terlibat dalam operasi hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian melibatkan kawasan dalam radius kira-kira lima kilometer.

“Setakat 7.30 malam tadi mangsa masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh, sebelum dihanyutkan arus deras.

Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.