MB: Pagar keselamatan, penutup longkang akan dipasang di lokasi kanak-kanak lemas

1 Mei 2026, 5:01 AM
MB: Pagar keselamatan, penutup longkang akan dipasang di lokasi kanak-kanak lemas
MB: Pagar keselamatan, penutup longkang akan dipasang di lokasi kanak-kanak lemas

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri akan memasang pagar keselamatan dan penutup longkang sebagai langkah meningkatkan aspek keselamatan di lokasi kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, langkah segera itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.

“Kita akan meneliti aspek saiz, ukuran dan kepanjangan struktur keselamatan yang perlu dipasang di kawasan tersebut.

“Pelaksanaan itu mungkin diuruskan pihak berkuasa tempatan atau Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan saya akan minta ia disegerakan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada masa sama, Amirudin berharap orang ramai khususnya ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengelakkan mereka bermain di kawasan berisiko.

“Orang ramai terutama ibu bapa perlu peka dan melarang anak-anak daripada bermain di lokasi berbahaya yang boleh mengundang risiko kehilangan nyawa,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan selepas tiga hari pencarian, kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang di Lorong Cakera Purnama 12/27, Bandar Puncak Alam, Selasa lalu, ditemukan lemas.

Mayat mangsa, Khairil Izani, 10, ditemui di sungai berhampiran Sungai Buloh, Ijok, kira-kira jam 1 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, terdahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa itu memasuki hari ketiga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.