MITS lahirkan generasi huffaz, 233 pelajar dirai dalam Graduasi Qurra'

30 Apr 2026, 1:30 PM
MITS lahirkan generasi huffaz, 233 pelajar dirai dalam Graduasi Qurra'
MITS lahirkan generasi huffaz, 233 pelajar dirai dalam Graduasi Qurra'

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 233 pelajar diraikan dalam Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) kali ke-13 atas pencapaian mereka dalam bidang hafazan al-Quran.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Rabihah Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 pelajar berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

“Selebihnya menerima sijil perakuan hafazan sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam bidang tahfiz,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya, penganjuran Majlis Graduasi Qurra’ sejak 2012 telah berjaya melahirkan hampir 2,500 graduan huffaz sehingga tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Rabihah Ibrahim menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar ketika majlis Graduasi Qurra' Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kali Ke-13 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 April 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Tambah beliau, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh serta memartabatkan pendidikan tahfiz di Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata MITS yang ditubuhkan pada 2009 menawarkan dua aliran pengajian iaitu Sains Tulen dan Sastera bagi melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari segi akademik dan agama.

“Objektif utama majlis ini adalah untuk memartabatkan sistem pendidikan tahfiz al-Quran di Selangor sebagai teras kecemerlangan ilmu serta syiar Islam,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.