Selangor rangka lima langkah bantu usahawan wanita

29 Apr 2026, 8:54 AM
Selangor rangka lima langkah bantu usahawan wanita

SHAH ALAM, 29 APRIL: Satu sesi meja bulat anjuran Selangor berkaitan kesan krisis Asia Barat menghasilkan lima resolusi utama bagi membantu usahawan wanita, termasuk mewujudkan portal perniagaan berpusat, memperluas dasar kerja fleksibel dan meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Anfaal Saari berkata peserta bersetuju supaya satu pusat data dan portal sehenti diwujudkan bagi memudahkan akses kepada bantuan kerajaan, maklumat pasaran dan pelbagai inisiatif.

Katanya, langkah itu dapat mengurangkan birokrasi dan memudahkan usahawan wanita mendapatkan maklumat dengan cepat, sekali gus membantu mereka menghadapi gangguan akibat krisis.

Menurutnya, peserta juga mencadangkan agar amalan kerja mesra keluarga diperkukuh, termasuk dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan kemudahan penjagaan, bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi.

“Dengan memperkukuh dasar kerja fleksibel, kita bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan usahawan wanita, malah membantu mereka terus produktif sambil mengurus keluarga,” katanya dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Sesi itu melibatkan 30 peserta daripada agensi kerajaan, institusi kewangan, pertubuhan bukan kerajaan, badan antarabangsa serta usahawan wanita dan belia.

Anfaal berkata sesi tersebut bertujuan menilai kesan krisis Asia Barat terhadap usahawan, khususnya wanita, serta mencari langkah penyelesaian.

Katanya, krisis itu memberi tekanan kepada perniagaan melalui peningkatan kos operasi, gangguan rantaian bekalan global dan cabaran terhadap kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita.

BERITA PENUH DI SINI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.