MetMalaysia: 14 kawasan di Semenanjung catat panas tahap berjaga-jaga

29 Apr 2026, 3:06 AM
MetMalaysia: 14 kawasan di Semenanjung catat panas tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur serta Selangor melibatkan Gombak dan Sepang.

Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).

Menurut MetMalaysia status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.

-- BERNAMA

TAG: MetMalaysia, cuaca, panas, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.