SHAH ALAM, 25 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning akan menganjurkan jelajah komuniti di beberapa kawasannya bagi meninjau isu setempat pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari esok.
Wakil rakyatnya S. Preakas berkata pihaknya membawa pendekatan turun padang untuk mendengar sendiri suara dan memastikan keperluan penduduk diberi perhatian sewajarnya.
“Dari sarapan santai hingga lawatan ke kawasan perumahan, setiap interaksi membawa makna. Suara anda bukan sekadar didengar, tetapi diambil tindakan. Mari hadir dan beri maklum balas secara langsung,” katanya di laman Facebook.
Antara kawasan yang terlibat dalam siri jelajah tersebut adalah Jalan Hikmah, Jalan Arif, Jalan Dedikasi , Jalan Tegas, Jalan Pekerti, Lot 1259, Lot 1313, Taman Iswara, Taman Desa Kemuning dan kawasan sekitarnya








