MPAJ pasang sangkar babi hutan di Bukit Indah, kawal ancaman haiwan liar

25 Apr 2026, 3:26 AM
MPAJ pasang sangkar babi hutan di Bukit Indah, kawal ancaman haiwan liar
MPAJ pasang sangkar babi hutan di Bukit Indah, kawal ancaman haiwan liar

SHAH ALAM, 25 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang sangkar babi hutan di sekitar Bukit Indah susulan aduan orang awam berhubung kehadiran haiwan liar itu.

Tindakan itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan MPAJ sebagai langkah kawalan awal bagi memastikan proses penangkapan dapat dibuat secara selamat dan terkawal.

MPAJ berkata tindakan itu juga penting bagi mengurangkan risiko ancaman haiwan liar terhadap penduduk setempat.

"Tindakan ini bagi memastikan usaha penangkapan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan," katanya dalam laman Facebook.

Pihaknya turut menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kerjasama itu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.

 MPAJ meminta penduduk segera melaporkan kehadiran haiwan liar kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

 "Orang awam dinasihati agar sentiasa berwaspada dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kehadiran haiwan liar di kawasan persekitaran masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.