PNSB, KHIND meterai MoU sedia kelengkapan asas untuk Rumah Idaman

22 Apr 2026, 8:35 AM
PNSB, KHIND meterai MoU sedia kelengkapan asas untuk Rumah Idaman
PNSB, KHIND meterai MoU sedia kelengkapan asas untuk Rumah Idaman
PNSB, KHIND meterai MoU sedia kelengkapan asas untuk Rumah Idaman

SHAH ALAM, 22 APRIL 2026: PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB), anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan KHIND Marketing (M) Sdn Bhd bagi menyediakan kelengkapan rumah untuk projek Rumah Idaman.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, berkata kerjasama itu bertujuan mewujudkan penyelesaian peralatan kediaman yang lebih praktikal dan memenuhi keperluan penghuni.

Menurutnya, projek Rumah Idaman akan dilengkapi dengan peralatan asas seperti peti sejuk dan pemanas air bagi meningkatkan keselesaan penduduk.

“Penyediaan kemudahan ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada pembeli serta memastikan kediaman yang lebih selesa dan lengkap,” katanya.

Majlis menandatangani MoU berkenaan berlangsung di Bukit Jelutong, di sini semalam.

Beliau menambah, kerjasama strategik itu selari dengan usaha memperkukuh pembangunan perumahan yang praktikal serta responsif terhadap keperluan semasa rakyat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KHIND Marketing (M) Sdn Bhd, Adil Jimmy Mistry, berkata peralatan rumah memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan harian pengguna.

Katanya, pihaknya komited menyediakan produk berkualiti tinggi yang bukan sahaja bergaya, malah menawarkan prestasi diyakini pada harga berpatutan.

“Kerjasama ini membolehkan kami menyokong penyediaan kediaman yang lebih selesa dan memenuhi jangkaan pemilik rumah,” katanya.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak turut akan melaksanakan sesi taklimat produk, perundingan teknikal serta perkongsian pengetahuan.

Inisiatif berkenaan bagi memastikan kesesuaian serta integrasi peralatan rumah dalam pembangunan projek Rumah Idaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.