Kursus pengurusan jenazah percuma di Kota Kemuning 18 April ini

7 Apr 2026, 9:27 AM
Kursus pengurusan jenazah percuma di Kota Kemuning 18 April ini

SHAH ALAM, 7 APRIL: Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kota Kemuning menganjurkan kursus pengurusan jenazah secara percuma 18 April ini.

Penyelianya, Anida Abu Bakar berkata, program diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu pengurusan jenazah, yang merupakan fardu kifayah dalam Islam.

"Ilmu ini sangat penting agar setiap individu dapat memahami cara menguruskan jenazah dengan betul, tertib dan penuh penghormatan," katanya menerusi Facebook.

Program bertajuk Perjalanan Terakhir: Ilmu Pengurusan Jenazah itu diadakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12 dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari di Surau Tainia, Kota Kemuning.

Peserta akan didedahkan dengan beberapa aspek penting termasuk proses asas pengurusan jenazah, kaedah memandikan dan mengkafankan selain penekanan terhadap adab serta hukum berkaitan.

Selain itu, program berkenaan turut memberi kesedaran mengenai tanggungjawab masyarakat dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah.

"Ilmu ini bukan sahaja berguna, malah menjadi bekalan penting dalam kehidupan sebagai umat Islam.

"Dengan menghadiri program ini, kita dapat menambah ilmu serta bersedia untuk membantu apabila diperlukan," tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai program boleh diperoleh dengan menghubungi penganjur melalui WhatsApp di talian 011-3791 7891.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.