ad

Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik, enam daerah terjejas

13 Sep 2025, 12:09 PM
Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik, enam daerah terjejas

TAWAU, 13 SEPT: Beberapa daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susulan gangguan talian penghantaran 275KV Kolopis-Segaliud membabitkan talian 1 dan talian 2.

Sabah Electricity Sdn Bhd dalam hantaran Facebook rasmi memaklumkan antara terjejas ialah Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

“Gangguan berlaku pada 5.05 petang. Kerja pemeriksaan sedang dijalankan bagi mengesan punca.

“Pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan sebarang kesulitan amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity memaklumkan beberapa kawasan di Tawau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan pemulihan bekalan sedang dijalankan secara berperingkat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.