ad

Syarikat peranti khatan lelaki dinobat juara SAY Aspire

11 Sep 2025, 1:48 PM
Syarikat peranti khatan lelaki dinobat juara SAY Aspire
Syarikat peranti khatan lelaki dinobat juara SAY Aspire
Syarikat peranti khatan lelaki dinobat juara SAY Aspire
Syarikat peranti khatan lelaki dinobat juara SAY Aspire

SUBANG JAYA, 11 SEPT: Program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire sekali lagi membuktikan keberkesanannya melahirkan usahawan berkaliber menerusi kejayaan tiga pemenang utama pada edisi keenam kali ini.

Pemenang utama yang juga Pengarah Urusan DRIMS Trading Sdn Bhd, Mohd Haniff Hanizam bersyukur apabila inovasi peranti berkhatan lelaki pakai buang yang tidak memerlukan jahitan itu kini mendapat pengiktirafan.

Pengarah Urusan Drims Trading Sdn Bhd Mohd Haniff Hanizam dinobatkan sebagai johan sempena pusingan akhir program Selangor Youth Community (SAY) Aspire edisi ke-6 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 11 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Selain tidak memerlukan jahitan, penggunaan peranti ini tidak memerlukan sebarang jahitan dan dapat mengurangkan risiko pendarahan sehingga memberi trauma kepada pesakit yang mengalaminya.

“Dalam pada itu, peranti ini dapat menggantikan teknik berkhatan konvensional yang biasanya mengambil masa lama dan berisiko komplikasi.

"Ia juga tidak memerlukan elektrik hanya dengan kepakaran pegawai perubatan sahaja,” katanya kepada Media Selangor.

Pengasas Bersama/Ketua Pegawai Eksekutif Gritz Sdn Bhd Nur Fatehah Basran dinobatkan sebagai naib johan sempena pusingan akhir program Selangor Youth Community (SAY) Aspire edisi ke-6 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 11 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Tempat kedua pula disandang Syarikat Gritz Sdn Bhd yang tampil dengan produk minyak pati terapeutik dan membantu pengguna seperti perokok serta individu yang mengalami tekanan dan kebimbangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Fateha Basran, penganjuran program SAY Aspire membantu beliau melalui bimbingan mentor selain membuka peluang kepadanya untuk memperluas pasaran produk.

“Saya bersyukur dinobatkan sebagai pemenang kedua SAY Aspire. Ia menjadi pemangkin semangat untuk saya terus membawa produk minyak pati terapeutik ke pasaran antarabangsa.

“SAY Aspire banyak membantu saya melalui bimbingan mentor dan membuka jalan untuk saya memperluas pasaran produk sekali gus dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tungbayee Syed Hussien Syed Mustafa dinobatkan sebagai tempat ketiga sempena pusingan akhir program Selangor Youth Community (SAY) Aspire edisi ke-6 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 11 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Manakala tempat ketiga menjadi milik syarikat MTO Resources yang menampilkan produk penjagaan selepas bersalin dengan memfokuskan aspek kesihatan fizikal, emosi dan pemulihan ibu serta bayi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hussien Syed Mustafa turut mengakui SAY Aspire membantu usahawan seperti dirinya untuk membina jaringan perniagaan dan memberikan pendedahan yang penting dalam bidang keusahawanan.

“SAY Aspire menyediakan platform yang amat berguna bagi usahawan seperti saya untuk membina rangkaian selain membuka ruang pendedahan dalam dunia perniagaan.

“Saya kini lebih bersedia untuk mengembangkan budaya penjagaan selepas bersalin ke pasaran Asia Tenggara dan Eropah,” tambahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.