ad

SUKSES 2025: MSD Gombak sasar baiki pencapaian edisi lepas

11 Sep 2025, 3:18 AM

AMPANG, 11 SEPT: Kontinjen Majlis Sukan Daerah (MSD) Gombak menerima suntikan semangat apabila bendera kontinjen diserahkan secara rasmi menjelang Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2025.

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Majlis Sukan Daerah (MSD) Gombak disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MPAJ merangkap Timbalan Pengerusi MSD Gombak Ts Hasrolnizam Shaari di Ruang Galeri MPAJ, semalam.

SUKSES 2025 berlangsung 17 September hingga 5 Oktober depan yang mempertandingkan acara olahraga, bola jaring, ragbi, sepak takraw, taekwondo, ping pong, bola tampar, boling padang, bola keranjang, memanah dan pencak silat.

Menurut MSD Gombak, penglibatan ahli majlis sebagai bapa angkat bagi acara terpilih diharap mampu memberi motivasi tambahan kepada atlet untuk beraksi lebih cemerlang.

MSD Gombak turut yakin kontinjen kali ini mampu memperbaiki kutipan pingat berbanding edisi sebelum ini, sekali gus mengangkat nama daerah sebagai pencabar utama SUKSES 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.