ad

Program pembangunan atlet bermula minggu depan, tumpu cungkil bakat baharu - EXCO

9 Sep 2025, 10:00 AM
Program pembangunan atlet bermula minggu depan, tumpu cungkil bakat baharu - EXCO
Program pembangunan atlet bermula minggu depan, tumpu cungkil bakat baharu - EXCO
Program pembangunan atlet bermula minggu depan, tumpu cungkil bakat baharu - EXCO

KLANG, 9 SEPT: Program pembangunan atlet Sukan Selangor (Sukses) anjuran Majlis Sukan Negeri bermula minggu depan dengan tumpuan mencungkil bakat baharu menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata kejohanan membabitkan semua daerah itu menjadi medan penting untuk mengenal pasti atlet berpotensi yang mampu digilap sebagai pelapis dan menggalas cabaran negeri.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas melancarkan Kempen Celebr8.88% Nadi Merdeka di Zuljannah Palace, Klang pada 9 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Menerusi kejohanan ini, kita akan kenal pasti atlet-atlet baharu yang boleh digarap untuk SUKMA nanti.

"Untuk SUKMA Selangor, kita telah umumkan lokasi dan setakat ini semua fasiliti sedia ada sedang dibaik pulih.” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu program di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najwan memaklumkan kerja menaik taraf infrastruktur sukan negeri termasuk stadium, dewan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pusat Akuatik Darul Ehsan di Seksyen 13, Shah Alam, dijangka siap Mac depan.

Setakat ini, Najwan berkata status persiapan gelanggang SUKMA 2026 mencapai lebih 50 peratus dan berjalan mengikut jadual.

Temasya dwitahunan itu dijadual berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos tahun depan, manakala Para SUKMA dari 5 hingga 14 September dengan upacara pembukaan gilang-gemilang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.