ad

Yayasan MBI agih RM413,000 sokong atlet, persatuan sukan Selangor

9 Sep 2025, 8:07 AM
Yayasan MBI agih RM413,000 sokong atlet, persatuan sukan Selangor
Yayasan MBI agih RM413,000 sokong atlet, persatuan sukan Selangor
Yayasan MBI agih RM413,000 sokong atlet, persatuan sukan Selangor
Yayasan MBI agih RM413,000 sokong atlet, persatuan sukan Selangor

SHAH ALAM, 9 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalurkan sumbangan berjumlah RM413,000 kepada lapan persatuan bagi memperkukuh pembangunan sukan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata insentif itu turut diberikan kepada beberapa atlet Selangor sebagai tanda penghargaan serta galakan untuk mereka terus melakar kejayaan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berucap ketika Majlis Serahan Sumbangan Atlit Sukan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Ibu Pejabat MBI di Shah Alam pada 9 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Terima kasih kepada Yayasan MBI, sumbangan ini sebagai salah satu bentuk sokongan dan pada masa sama merupakan motivasi kepada atlet kita dan persatuan sukan untuk memberi persembahan terbaik pada masa akan datang.

“Diharap ia dapat melonjakkan prestasi dan semangat kepada penerima untuk terus mencatat kecemerlangan dalam sukan yang diceburi,” katanya selepas menyempurnakan majlis serahan sumbangan berkenaan di Pejabat MBI di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan pihaknya memperuntukkan sekitar RM1 juta setiap tahun khusus bagi pembangunan sukan di Selangor.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika Majlis Serahan Sumbangan Atlit Sukan Yayasan MBI di Ibu Pejabat MBI di Shah Alam pada 9 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Insentif ini sebagai penghargaan kepada individu dan persatuan yang banyak mengharumkan nama Selangor dan negara,” katanya.

Antara persatuan yang menerima sumbangan ialah:

  • Selangor FC Futsal – RM200,000

  • Selangor Red Giant OG E-Sports – RM100,000

  • Persatuan Memanah Negeri Selangor – RM100,000

Kategori individu pula melibatkan:

  • Muhammad Hifzhuddin Zaidi (memanah) – RM3,000

  • Jamilah Abdul Latif (memanah) – RM3,000

  • Safiuddin Mohammad Shaharizan (permotoran) – RM2,000

  • Muhammad Raqib Mohd Roman (permotoran) – RM2,000

  • Keerthi Pradhaa Junivar Bala (skuasy) – RM3,000

    EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama atlet Selangor dan wakil persatuan sukan selepas Majlis Serahan Sumbangan Atlit Sukan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Ibu Pejabat MBI di Shah Alam pada 9 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.